Biasanya terdapat tiga jenis mandian mata air panas di onsen ryokan– (I) Mandian air panas peribadi di dalam bilik tetamu, (II) sewa mandian air panas di luar bilik tetamu untuk kegunaan peribadi dan (III) mandian air panas awam yang luas. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai ketiga-tiga jenis tersebut.
Terdapat ryokan yang mempunyai bilik dengan mandian mata air panas peribadi, termasuk mandian terbuka (rotenburo). Anda boleh menempah bilik mandian seperti ini apabila anda membuat tempahan ryokan.
Anda boleh menikmati mandian air panas pada bila-bila masa dan seberapa banyak yang anda suka tanpa perlu risau mengenai orang lain.
Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil dan pasangan suami dan isteri.
Anda boleh menikmati masa mandi yang sesuai di dalam bilik anda, termasuk pemandangan indah dari mandian terbuka.
Kurang kepelbagaian dari segi mandian.
*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)
RYOKANS providing rooms with private open-air baths
Banyak ryokan menawarkan mandian air panas yang boleh ditempah oleh tetamu untuk kegunaan peribadi hanya untuk sejam. Harga berbeza mengikut ryokan; ada yang percuma manakala yang lain mengenakan bayaran (biasanya 2,000 hingga 3,000 yen untuk sekali penggunaan).
Anda boleh menikmati mandian yang luas secara eksklusif, dimana akan membuatkan anda berasa kaya dan santai.
Setiap ryokan mempunyai kemudahan spa peribadi tersendiri - mandian terbuka, mandian dalaman, mandian dengan pemandangan laut, mandian dengan lantai buluh tatami dan banyak lagi.
Tempoh masa untuk setiap penggunaan adalah terhad, biasanya untuk masa sejam.
Terdapat tiga cara untuk menempah tempat mandi untuk kegunaan peribadi, bergantung pada jenis tempat mandi atau ryokan yang anda pilih.
Beberapa ryokan mempunyai bilik mandi air panas untuk kegunaan peribadi dengan tag di pintu untuk menunjukkan bilik mandi itu sedia digunakan atau tidak. Apabila "tersedia (空室)", bermaksud anda boleh menggunakan tempat mandi berkenaan. Sebelum mandi, pusingkan tag kepada bahagian "tidak tersedia (入浴中)" dan kunci pintu dari dalam.
KebaikanMata air panas peribadi jenis ini adalah percuma. KeburukanAnda perlu menyemak ketersediaannya kerana anda tidak boleh membuat tempahan.
Di sesetengah ryokan, semua tetamu boleh menempah tempat mandi untuk kegunaan peribadi hanya semasa daftar masuk. Jenis mandian untuk kegunaan peribadi seperti ini tidak boleh ditempah sebelum daftar masuk.
KebaikanSebahagian darinya adalah percuma (ada yang mengenakan bayaran). KeburukanAnda perlu daftar masuk secepat mungkin untuk dapat membuat tempahan pada waktu yang anda mahukan.
Terdapat ryokan membenarkan anda menempah tempat mandi untuk kegunaan peribadi sebelum menginap. Ini sama seperti membuat tempahan restoran terlebih dahulu. Jika ia tersedia di tempat penginapan anda, anda juga boleh menempahnya pada masa berkenaan.
KebaikanAnda boleh mendapatkan masa yang sesuai untuk menikmati kashikiri-buro lebih awal. KeburukanKebanyakannya dikenakan bayaran (namun ada yang percuma).
*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)
RYOKANS with rental hot spring baths for private use
Tempat mandian utama adalah berasingan jantina di semua ryokan. Dengan pemandangan yang menawan, manfaat terapi yang luar biasa, serta tab mandi yang besar dan menenangkan, mandian besar adalah salah satu tarikan utama yang ditawarkan oleh sebuah ryokan.
Orang Jepun sangat suka mandian besar sehinggakan sesetengah hotel di tengah bandar pun menyediakan kemudahan tersebut. Ia sangat popular kerana mandian air panas yang luas menawarkan pengalaman yang sangat berlainan daripada mandian air paip kecil di rumah, yang membuatkan seseorang berasa sangat santai.
Tempat mandian besar biasanya terdiri daripada tab mandi dalaman yang besar, tab mandi terbuka besar (rotenburo) dan tempat untuk mencuci (ruang pancuran mandian dengan produk sabun dan syampu dimana tetamu boleh gunakan secara percuma).
Anda perlu mandi terlebih dahulu sebelum memasuki tab mandi panas.
Kebanyakan ryokan menyediakan tuala besar untuk mengeringkan badan dan tuala kecil untuk membasuh diri anda. Tuala kecil juga sering digunakan untuk menutupi bahagian sulit anda apabila memasuki kamar mandi.
Ia adalah satu adab untuk berpaling daripada melihat orang lain apabila mandi di tempat mandi awam. Ia adalah cara orang ramai memastikan privasi antara satu sama lain.
Bilangan orang lebih kurang di spa pada awal pagi dan lewat malam, jadi adalah disyorkan untuk mandi pada masa itu jika anda tidak biasa dengan mandian air panas gaya Jepun.
Untuk mandi di mandi awam mungkin memerlukan sedikit keberanian pada mulanya, tetapi pengalaman unik ini pastinya patut dicuba!
Anda boleh merasai budaya mandian air panas Jepun asli di tempat mandi awam.
Tempat mandi awam biasanya menjadi tarikan utama untuk ryokan, dimana banyak usaha dilakukan.
Tahap privasi secara adalah lebih rendah.
Lelaki dan perempuan diasingkan. Jika anda ingin menikmati mandian air panas dengan pasangan suami dan isteri atau keluarga, anda boleh mempertimbangkan mandian air panas peribadi di bilik tetamu atau kashikiri-buro.
*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)
LIST OF RYOKANS