Jiwa dan semangat onsen Jepun: Onsen adalah tempat untuk membersihkan badan dan minda

Photo: Shima Tamura

 

Banyak pelancong dari seluruh dunia datang ke Jepun untuk menikmati onsen, tetapi pada masa yang sama, banyak yang berasa tidak puas hati dan sering tertanya-tanya. Orang-orang sering bertanya, "Mengapa lelaki dan wanita perlu berendam secara terpisah?", "Mengapa kita harus berendam telanjang?" atau "Mengapa tidak boleh menutup badan dengan tuala besar?". Kakitangan onsen Jepun sering dianggap sebagai keras kepala, dan anda mungkin merasa tidak selesa apabila ditegur tidak mematuhi peraturan onsen Jepun. Contohnya, ada yang mencuba menutup badan dengan tuala besar kerana tidak mahu dilihat oleh orang lain, tetapi segera diingatkan oleh kakitangan.

Situasi seperti ini menjadikan pengalaman onsen yang sepatutnya menyeronokkan menjadi suatu yang tidak menyenangkan. Untuk memahami dan menikmati onsen Jepun dengan selesa, anda perlu memahami hakikat onsen dan patuh dengan tradisi tradisionalnya. Artikel ini menerangkan jiwa dan roh onsen Jepun yang kurang diketahui.

Jiwa dan semangat onsen Jepun

Sebenarnya, terdapat perbezaan besar dalam persepsi asas terhadap onsen antara orang Jepun dan orang asing. Ini disebabkan oleh hakikat asal onsen Jepun yang berbeza daripada onsen di banyak negara lain dari segi budaya dan sejarahnya. Di Jepun, onsen adalah tempat untuk membersihkan minda dan badan secara holistik. Pusat mandi besar adalah seperti satu bilik mandi besar, dan kolam mandi adalah seperti satu tab mandi besar. Kebanyakan orang asing menganggap onsen sebagai resort spa, tetapi pada hakikatnya, onsen di Jepun adalah tempat untuk menyucikan minda dan badan, dan pada asalnya, bukan tempat peranginan.

Fakta ini berkait rapat dengan budaya "ofuro" di Jepun. Membersihkan badan di Jepun berbeza daripada kebanyakan negara lain, yang menganggap mandi pancuran sebagai cara utama. Di Jepun, tradisinya adalah mandi, dan pada dasarnya, istilah "membersihkan badan" dalam bahasa Jepun merujuk kepada "mandi di dalam tab". Jadi, mandi pada asasnya ialah sebagai prasyarat. Istilah "露天風呂 (rotenburo)" juga telah menjadi istilah tetap di kalangan negara yang menggunakan tulisan Cina di luar Jepun, tetapi tidak ramai yang memahami bahawa "風呂 (furo)" merujuk kepada tab mandi. Di Jepun, hampir semua hotel, walaupun kecil, dilengkapi dengan bilik mandi. Ini disebabkan oleh adat mandi di Jepun yang bermaksud "membersihkan badan sama dengan mandi di dalam tab mandi". Apartmen tanpa bilik mandi dianggap sangat jarang dan menyedihkan, serta tidak diminati. Cinta terhadap ofuro sudah menjadi sifat orang Jepun.

Di Jepun, sejak zaman dahulu, terdapat budaya "sento" atau mandi di tempat umum. Adalah kebiasaan untuk membayar dan mandi di tempat mandi awam yang luas sebagai cara untuk membersihkan keletihan mental dan fizikal, berbanding hanya berpuas hati dengan mandi di bilik mandi kecil di rumah. Kebanyakan sento menggunakan air biasa, tidak seperti onsen. Namun, onsen dan sento di Jepun pada dasarnya berkongsi sifat yang sama, dengan onsen dianggap sebagai kesinambungan kepada budaya sento.

Photo: Entrance of a sento (communal bath house)

Kerana onsen juga adalah jenis bilik mandi, pemakaian pakaian renang tidaklah sesuai. Keadaan di mana hanya terdapat individu yang sama jantina dan berbogel membolehkan orang untuk berehat dan bersantai dengan selesa. Orang Jepun yang berada di onsen tanpa rasa malu, tanpa menyembunyikan tubuh mereka, dan memperlihatkan diri mereka dengan terbuka, adalah hasil daripada perasaan bebas yang timbul daripada keadaan tersebut. Jika seseorang menggunakan tuala besar atau sejenisnya untuk menutup badan mereka, itu akan menimbulkan rasa kurang sesuai, dan orang lain dengan segera akan sedar bahawa mereka berada dalam keadaan bogel, menyebabkan timbulnya perasaan malu. Oleh itu, menutup badan dengan tuala besar dianggap sebagai melanggar peraturan. Selain itu, selain dari pakaian renang, penggunaan barang yang tidak sesuai dengan persekitaran mandi juga secara umumnya dianggap tidak sesuai.

Sebagai contoh, saya yang memakai cermin mata pernah cuba memakai goggle renang di onsen kerana cermin mata akan berkabus. Tetapi, saya ditegur oleh kakitangan kerana memakai goggle di tempat mandi adalah tidak sesuai. Tempat yang sesuai untuk membersihkan badan adalah di tempat yang bersih dan luas, oleh itu, menggunakan goggle adalah tidak sesuai.

Motif utama tempat mandi air panas adalah untuk berehat dan mencuci minda dan badan anda dalam mandian yang luas, jadi onsen ryokan di Jepun sentiasa berusaha mempromosi tempat mandi awam yang besar, dimana ia sering di pandang tinggi. Walaupun kini terdapat keperluan moden seperti bilik dengan onsen peribadi, sebagai tambahan, dan kebanyakan orang Jepun berpendapat bahawa "jika anda tidak masuk tab mandi besar, anda tidak boleh dikatakan berendam di onsen".

Berakar dari tradisi sento, setelah memahami jiwa dan semangat air panas yang bermaksud "membersihkan badan", kita boleh memahami mengapa dalam kebanyakan air panas Jepun, penggunaan pakaian renang tidak dibenarkan. Banyak orang asing yang tetap mencari onsen ryokan yang membenarkan penggunaan pakaian renang tetapi ianya sangatlah jarang. Jika anda ingin berendam onsen dengan memakai pakaian renang, lebih baik mencari kemudahan rekreasi yang khusus menawarkan pengalaman onsen, tetapi bukan onsen ryokan. Terdapat kemudahan rekreasi onsen terutamanya di bandar atau kawasan pelancongan di mana anda boleh memakai pakaian renang, dan kadang kadang lelaki dan perempuan boleh berendam bersama-sama. Di onsen ryokan, alangkah baik untuk melihatnya sebagai pengalaman yang berbeza — mengalami onsen asli Jepun.

Onsen di Jepun bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga merupakan satu pengalaman budaya yang unik. Seperti pepatah "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung", kami ingin anda mencuba pengalaman onsen ala Jepun sebagai sebahagian daripada budaya mandi. Ia bukan sahaja membantu membersihkan badan, tetapi juga memberikan ketenangan dan manfaat kesihatan. Marilah cari onsen ryokan dengan bilik mandi yang indah melalui laman web ini!

 

*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)

Interesting hot springs

LIST OF RYOKANS

English | 繁體中文 | 简体中文 | 한국어 | ภาษาไทย | Bahasa Melayu