Nikmati onsen persendirian dengan suami atau isteri anda! Disyorkan bagi
"onsen untuk pasangan suami dan isteri"

Bagaimana pasangan suami dan isteri menikmati onsen bersama?

Onsen di Jepun tidak hanya menenangkan dan menyegarkan, tetapi juga mempunyai sifat penyembuhan yang meningkatkan kesihatan. Tetapi pelbagai soalan sering ditanya oleh pelancong dari negara luar. Seperti, "Bagaimana pasangan suami dan isteri menikmati onsen bersama?" Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kaedahnya.

*Tiga jenis mandian air panas di onsen ryokan

Banyak onsen di negara asing memerlukan pakaian renang untuk dipakai dan kedua-dua lelaki dan wanita untuk masuk bersama, tetapi di Jepun, kebanyakan onsen perlu mandi secara tidak berpakaian, oleh itu lelaki dan wanita biasanya masuk ke tempat mandi awam yang berasingan. Walaupun anda datang sebagai pasangan suami dan isteri, berpisah apabila memasuki onsen menjadikan masa yang sepatutnya menyeronokkan menjadi sunyi. Terdapat beberapa kemudahan yang memerlukan pakaian renang seperti taman tema yang dipanggil "Spa Land" akan tetapi ia tidak sesuai untuk mereka yang ingin menikmati onsen tradisional gaya Jepun. (Terdapat sebilangan kecil onsen yang dipanggil "kon'yoku", iaitu mandi bercampur di mana orang ramai boleh mandi bersama-sama secara tidak berpakian tanpa mengira jantina, tetapi pengalaman seperti ini lebih kepada mencabar daripada romantik.)

Jadi, apakah yang boleh anda lakukan untuk menikmati masa santai di onsen bersama suami atau isteri anda? Kami cadangkan "onsen untuk pasangan suami dan isteri". Banyak onsen ryokan di Jepun mempunyai onsen peribadi (bilik dengan onsen atau onsen di luar bilik yang boleh ditempah untuk kegunaan peribadi). Kedua-duanya menawarkan privasi dan membolehkan anda menghabiskan masa santai bersama suami atau isteri anda tanpa perlu risau tentang orang lain.

*Bilik dengan onsen (Laman bahasa Inggeris)

*Onsen di luar bilik yang boleh ditempah untuk kegunaan peribadi (Laman bahasa Inggeris)

Di onsen untuk pasangan suami dan isteri yang mempunyai pemandangan indah, anda boleh menikmati keindahan alam seperti laut dan gunung. Tambahan pula, dalam onsen untuk pasangan suami dan isteri terbuka iaitu rotenburo, anda berdua boleh menyelami empat musim Jepun yang indah - bunga sakura, daun musim luruh dan salji - serta mengalami kekayaan alam semula jadi bersama-sama. Pengalaman romantis seperti ini hanya ada di onsen.

Onsen untuk pasangan suami dan isteri, pasti mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan, dunia yang indah dan misteri di mana kisah dua orang memulakan permulaan yang baharu.

Sila gunakan laman web ini untuk mencari onsen yang menarik untuk pasangan suami dan isteri dan buatlah tempahan. Ia bukan sahaja sesuai untuk berbulan madu atau ulang tahun, ia pasti menjadi pengalaman terbaik untuk pasangan suami dan isteri dari semua peringkat umur, pada bila-bila masa.

Onsen untuk pasangan suami dan isteri adalah sangat popular di bandar

TokyoTidak mudah untuk mencari onsen bagi kegunaan pasangan suami dan isteri di tengah (timur) Tokyo, tetapi terdapat banyak ryokan yang menyediakan onsen untuk pasangan di pinggir bandar seperti Hakone Onsen dan Echigo Yuzawa Onsen, di mana anda boleh sampai dalam masa dua jam perjalanan dengan kereta api dari timur Tokyo.

KyotoTerdapat banyak pusat peranginan mandian air panas yang terkenal dalam masa 30 minit perjalanan dari Stesen Kyoto, seperti Arashiyama Onsen dan Kameoka Yunohana Onsen, di mana banyak ryokan menyediakan onsen bagi kegunaan pasangan suami dan isteri.

SapporoKira-kira sejam dari Lapangan Terbang New Chitose dan Sapporo, anda boleh sampai ke Shikotsuko Onsen, Otaru Onsen, Jozankei Onsen dan Noboribetsu Onsen, yang mempunyai banyak onsen ryokan yang sesuai untuk pasangan suami dan isteri.

Penyataan

Artikel ini adalah mengenai onsen bagi pasangan suami dan isteri yang disediakan untuk tetamu ryokan semalaman.
Di Jepun, onsen untuk pasangan suami dan isteri dikawal oleh ordinan yang digubal oleh setiap kerajaan tempatan. Sesetengah wilayah melarang mandi bercampuran antara lelaki dan wanita yang tidak berkahwin, dan ada yang hanya membenarkan mandi bercampur dalam keluarga yang sama sahaja.
Khususnya di Tokyo, terdapat larangan lengkap terhadap onsen untuk pasangan yang digunakan siang hari, sehingga pasangan yang telah berkahwin sekalipun tidak dibenarkan mandi bersama-sama.

Onsen terpilih untuk pasangan suami dan isteri ―Marilah nikmati onsen untuk pasangan dengan cara yang berbeza!

Contoh #1: Mendalami rasa cinta di kaki Gunung Fuji

Photo: Konanso in Mt. Fuji Lake Kawaguchiko Onsen (rooms with private open-air baths)

*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)

Bilik dengan rotenburo (onsen di luar)
& Pemandangan Gunung Fuji

Kashikiri onsen (onsen persendirian)
& Pemandangan Gunung Fuji

Contoh #2: Berkongsi detik istimewa berdua dengan dari laut

Photo: Bousui in East Izu Onsen (rental hot spring baths (outside guest rooms) for private use)

*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)

Bilik dengan rotenburo (onsen di luar)
& Pemandangan Laut

Kashikiri onsen (onsen persendirian)
& Pemandangan Laut

Contoh #3: Menikmati masa romantik di dalam hutan

Photo: Bettei Senjuan in Minakami-Tanigawa Onsen (rooms with private open-air baths)

*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)

Bilik dengan rotenburo (onsen di luar)
& Pemandangan Gunung

Kashikiri onsen (onsen persendirian)
& Pemandangan Gunung