Tidak kira umur atau jantina, berkumpullah sekeluarga di onsen!
Penerangan daya tarik "onsen keluarga"!

Photo: Dai-ichi Takimotokan

Tidak kira umur atau jantina, berkumpullah sekeluarga di onsen!

Jika anda ingin menikmati perjalanan ke Jepun bersama keluarga anda, sebagai contoh melancong dengan anak-anak atau melancong sebagai kumpulan dengan tiga generasi, kami mengesyorkan onsen keluarga (onsen ryokan untuk lawatan keluarga). Onsen Jepun adalah menyenangkan dan menenangkan, mempunyai kesan terapeutik terhadap kesihatan dan kecantikan, serta boleh dinikmati oleh seisi keluarga. Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan tentang cara menginap di onsen ryokan dan menikmati onsen keluarga, jadi sila gunakan ini sebagai rujukan!

1. Nikmati mandi awam!

Photo: Dai-ichi Takimotokan

Di onsen ryokan, terdapat tempat mandi awam yang besar dengan tempat mandi terbuka untuk lelaki dan wanita, dan setiap rumah penginapan mempunyai reka bentuk unik yang tersendiri, seperti saiz dan pemandangan semula jadi, jadi keluarga yang sama jantina boleh mandi bersama dalam bilik mandi besar yang biasanya tidak dapat dilakukan. Ia akan menjadi masa yang istimewa dan menyeronokkan bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Jangan terlalu risau untuk di tempat mandi awam bersama orang lain.

Tempat mandi awam merupakan kemudahan yang dibanggakan oleh onsen ryokan, dan mereka bersaing untuk mendapatkan ciri-ciri seperti pemandangan yang indah dan kemudahan mewah, jadi ia akan menjadi kenangan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Fakta unik

Jika anda membawa anak kecil ke tempat mandi awam onsen yang berasingan untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak di bawah umur 6 tahun (bergantung kepada situasi) boleh masuk ke tempat mandi awam secara bertentangan jantina bersama ibu bapa mereka.


*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)

Interesting hot springs

2. Nikmati di onsen peribadi

Sesetengah orang mungkin berasa tidak selesa kerana ini adalah kali pertama mereka mengunjungi onsen ryokan, atau mungkin berasa kecewa kerana terpisah dengan keluarga. Untuk keadaan seperti ini, nikmatilah onsen peribadi.

*บ่อน้ำพุร้อน 3 แบบในเรียวคังออนเซ็น

Seperti yang diperkenalkan dalam artikel tentang "onsen untuk pasangan suami dan isteri", terdapat beberapa kemudahan di Jepun seperti "Spa Land" dan "kon'yoku" di mana lelaki dan wanita boleh mandi bersama-sama dalam keadaan tiada pakaian. Mereka mempunyai tujuan untuk beriadah dan suka akan cabaran yang kuat (sesuai untuk melancong bersama rakan-rakan), tetapi tidak sesuai bersama keluarga.

Kedua-duanya membolehkan anda menikmati onsen dengan tenang bersama keluarga tanpa perlu berbogel di hadapan orang lain. Walaupun anda mempunyai anak atau ibu bapa yang tua, anda boleh menikmati onsen bersama keluarga. Ciptalah kenangan yang menyeronokkan bersama keluarga anda di onsen peribadi.

Fakta unik

Setiap onsen peribadi mempunyai ciri tersendiri seperti pemandangan dan kemudahan, dan saiz tab mandi adalah bermula dari untuk 2 dewasa sehingga saiz yang lebih besar yang boleh memuatkan beberapa orang, jadi pastikan anda memeriksanya dengan teliti terlebih dahulu.

(A) Bilik dengan onsen

Photo: Ryokan Sanga

*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)

RYOKANS providing rooms with private open-air baths

(B) Onsen di luar bilik yang boleh ditempah untuk kegunaan peribadi

Photo: Bousui in East Izu Onsen (rental hot spring baths (outside guest rooms) for private use)

*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)

RYOKANS with rental hot spring baths (outside guest rooms) for private use

3. Keseronokan lain dari onsen keluarga

Melalui lawatan ke Jepun dan ke onsen ryokan, anda boleh mengalami pengalaman unik bersama keluarga seperti bilik, yukata dan futon selain onsen.

Photo: Hotel New Awaji

Banyak onsen ryokan mempunyai ruang besar (bilik Jepun-Barat) yang mempunyai washitsu, bilik tidur dan ruang tamu, dimana keseronokan dapat dinikmati bersama keluarga anda dalam satu ruangan. Sila nyatakan bilik yang besar semasa membuat tempahan.

Photo: Dai-ichi Takimotokan

Di onsen ryokan, sebagai tambahan kepada makanan di ruang makan atau bufet, terdapat juga gaya makan di dalam bilik di mana makanan dihantar ke bilik peribadi anda atau bilik yang anda tinggal. Jika anak anda mengantuk, anda boleh tidurkan mereka, supaya anda boleh menikmati hidangan bersama keluarga tanpa sebarang kerisauan. (Jika anda mahukan bilik peribadi atau hidangan dalam bilik anda, sila nyatakan pelan semasa membuat tempahan.)

Photo: Dai-ichi Takimotokan

Onsen ryokan juga akan menyediakan yukata untuk kanak-kanak, nikmatilah masa dan ambil gambar peringatan bersama seluruh keluarga dengan berpakian yukata. Anda boleh ambil gambar peringatan yang unik di Jepun.

Photo: Dai-ichi Takimotokan

Jika anda menempah bilik washitsu, anda boleh tidur di atas futon. Apabila anda tidur di atas futon bersama keluarga, anda akan mengalami nikmat yang tidak boleh anda alami di atas katil. Terutamanya semasa anda tidur dengan anak kecil, anda akan berasa selamat kerana anda tidak perlu risau ia jatuh dari katil.

Mari menginap di onsen ryokan dan nikmati onsen keluarga!

*Laman bahasa Inggeris
*Untuk tempahan penginapan, sila layari Agoda atau Booking.com (tersedia dalam bahasa Melayu)

LIST OF RYOKANS

English | 繁體中文 | 简体中文 | 한국어 | ภาษาไทย | Bahasa Melayu