Biwako Hanakaido: Ryokan Popular di Kawasan Kansai (Kyoto) – Diari Lawatan Bahagian 2

Photo: Biwako Hanakaido

Bahagian 2: Berendam di tempat mandian awam hingga makan malam kaiseki dan waktu tidur dengan futon (hari pertama)

onsen ryokan (penginapan tradisional dengan kemudahan mata air panas) ialah sejenis penginapan yang unik bagi Jepun. Ia tidak sama seperti menginap di hotel. Saya telah menulis diari penginapan ini dengan harapan orang yang menginap di onsen ryokan untuk kali pertama boleh mendapat gambaran tentang apa yang mereka akan alami dalam penginapan mereka. Semoga artikel ini dapat menjadi rujukan yang berguna.

Hari pertama

Kami meminta makan malam pada pukul 6 petang dan pelayan telah menunggu kami di lobi apabila kami tiba agak awal.
Kami menikmati hidangan kami dalam struktur yang menghadap ke arah taman di luar lobi.

Suasana di dalam adalah moden Jepun.

Makanan biasanya dihidangkan di restoran, tetapi terdapat pelan dengan bilik peribadi dan tetamu juga boleh menentukan bilik peribadi mereka dengan harga tambahan.

Bilik peribadi gaya Jepun.

Bilik peribadi dengan meja.

Bilik peribadi untuk kumpulan besar.

Kami ditunjukkan ke bilik peribadi di sebelah lain kerana makanan untuk mereka yang berada di bilik khas yang dihidangkan di bilik peribadi.

Bilik peribadi dengan suasana taman yang boleh dilihat.

Kakitangan staf yang menyediakan hidangan memakai pakaian Jepun.

Hanakaido menyajikan hidangan tradisional Jepun satu demi satu mengikut urutan yang disenaraikan di dalam menu.
Tetamu boleh menikmati hidangan bermusim kerana menu berubah setiap bulan.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Makanan yang berbeza daripada makanan pada hari pertama dihidangkan untuk tetamu yang menginap untuk beberapa malam.

Hidangan bukan sahaja sedap untuk mulut, tetapi juga menarik untuk pandangan mata.

Staf menyediakan satu hidangan pada satu masa.

Sashimi segar.

Ikan manis dibakar di hadapan anda.

Hidangan disediakan bersesuaian dengan waktu.

Seterusnya ialah stik lembu Omi tempatan.
Lembu Omi adalah sangat popular dikalangan masyarakat Jepun.

Di gril bersama sayur.

Kami juga menikmati "roast beef" (daging panggang).

Makanan Jepun adalah sangat berkhasiat dan mengandungi banyak sayuran.

Nasi dimasak bersama kacang, dan dihidangkan bersapa sup miso.

Akhirnya datang pencuci mulut.
Saya memang kenyang kerana masakan terlalu sedap dan saya makan kesemuanya.

Pemandangan taman di luar begitu mengasyikkan setelah hidangan makan malam.

Tetamu lain juga memakai yukata di dalam premis.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Para tetamu di ryokan boleh berehat dengan mudah tanpa perlu risau tentang kod pakaian kerana yukata boleh dipakai di dalam ryokan.

Kembali ke bilik kami setelah melihat sekeliling.

Futon telah disediakan untuk kami didalam bilik.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Futon disediakan ketika hidangan makan di ryokan, dan tetamu membawa barang berharga bersama mereka atau menyimpannya di dalam peti besi jika ada di dalam bilik tetamu.
Di Jepun, ramai orang yang menyerahkan barang berharga mereka di kaunter penerimaan tetamu.

Sehingga empat tetamu boleh menginap di bilik khas.

2 tetamu di dalam bilik tidur.

Ahli keluarga atau kumpulan yang semuanya tidur bersama di dalam bilik besar mungkin hanya dapat dialami di Jepun.

Pemandangan waktu malam Tasik Biwa diluar adalah sangat cantik.

Pemandangan malam dari tempat mandian terbuka di dalam bilik juga cantik.

Mandi secara perlahan-lahan di dalam bilik sambil menikmati pemandangan malam adalah pengalaman yang sangat menenangkan.
Satu tarikan hebat ialah anda dapat menikmati tempat mandian air panas secara peribadi dan pada bila-bila masa yang anda mahukan tanpa perlu meninggalkan bilik anda.

Biwako Hanakaido (びわ湖花街道)

 

Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah mengenai Cara Menikmati Penginapan Anda di Onsen Ryokan

Biwako Hanakaido: Ryokan Popular di Kawasan Kansai (Kyoto) – Diari Lawatan

Bahagian 1: Bermula dengan daftar masuk hingga memasuki washitsu dengan mandian terbuka (hari pertama)
Bahagian 2: Bahagian 2: Berendam di tempat mandian awam hingga makan malam kaiseki dan waktu tidur dengan futon (hari pertama)
Bahagian 3: Bahagian 3: Sarapan pagi hingga daftar keluar (hari kedua)

English | 繁體中文 | 简体中文 | 한국어 | ภาษาไทย | Bahasa Melayu