Biwako Hanakaido: Ryokan Popular di Kawasan Kansai (Kyoto) – Diari Lawatan Bahagian 3

Photo: Biwako Hanakaido

Bahagian 3: Sarapan pagi hingga daftar keluar (hari kedua)

onsen ryokan (penginapan tradisional dengan kemudahan mata air panas) ialah sejenis penginapan yang unik bagi Jepun. Ia tidak sama seperti menginap di hotel. Saya telah menulis diari penginapan ini dengan harapan orang yang menginap di onsen ryokan untuk kali pertama boleh mendapat gambaran tentang apa yang mereka akan alami dalam penginapan mereka. Semoga artikel ini dapat menjadi rujukan yang berguna.

Hari kedua

Matahari pagi memasuki bilik ketika saya membuka langsir.

Mandi air panas di dalam bilik sebelum makan.

Sarapan pagi dihidangkan di bilik peribadi sekiranya terdapat bilik khas (ia dihidangkan di restoran dengan pelan standard)

Restoran.

Sarapan Jepun.

Telur segar tempatan.
Ianya sedap apabila dituang ke atas nasi panas dengan kicap, Tamago Kake Gohan (卵かけご飯).

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Di ryokan, telur mentah sering dihidangkan bersama-sama dengan nasi semasa sarapan pagi, ini adalah selamat kerana telur di Jepun menjalani proses pengurusan kebersihan yang ketat untuk digunakan dalam keadaan mentah.

Kami berjalan-jalan ke Tasik Biwa selepas makan.

Kami tiba di tepi tasik dalam masa lima minit.

Ryokan yang dilihat dari tepi tasik.

Di hadapan ryokan terdapat taman bunga.

Kami mendaftar keluar di kaunter penerimaan tetamu apabila kembali ke ryokan.

Staf-staf telah memberikan salam perpisahan kepada kami.

Kami dibawa ke stesen berdekatan.

Kami menuju ke Stesen Kyoto.

Penginapan kami kali ini adalah satu malam, tetapi kami dapat berehat dan menikmatinya dengan selesa kerana staf yang baik.

Kami boleh kembali melakukan aktiviti semula setiap hari kerana telah menghilangkan letih seharian dalam tempat mandian air panas, menikmati makanan tradisional Jepun dan menyegarkan badan dan jiwa kami.

Jika anda datang ke Jepun, pastikan anda menginap di onsen ryokan untuk pengalaman yang hanya boleh anda temui di Jepun!

 

Biwako Hanakaido (びわ湖花街道)

Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah mengenai Cara Menikmati Penginapan Anda di Onsen Ryokan

Biwako Hanakaido: Ryokan Popular di Kawasan Kansai (Kyoto) – Diari Lawatan

Bahagian 1: Bermula dengan daftar masuk hingga memasuki washitsu dengan mandian terbuka (hari pertama)
Bahagian 2: Bahagian 2: Berendam di tempat mandian awam hingga makan malam kaiseki dan waktu tidur dengan futon (hari pertama)
Bahagian 3: Bahagian 3: Sarapan pagi hingga daftar keluar (hari kedua)

English | 繁體中文 | 简体中文 | 한국어 | ภาษาไทย | Bahasa Melayu