Biwako Hanakaido: Ryokan Popular di Kawasan Kansai (Kyoto) – Diari Lawatan Bahagian 1

Photo: Biwako Hanakaido

Bahagian 1: Bermula dengan daftar masuk hingga memasuki washitsu dengan mandian terbuka (hari pertama)

onsen ryokan (penginapan tradisional dengan kemudahan mata air panas) ialah sejenis penginapan yang unik bagi Jepun. Ia tidak sama seperti menginap di hotel. Saya telah menulis diari penginapan ini dengan harapan orang yang menginap di onsen ryokan untuk kali pertama boleh mendapat gambaran tentang apa yang mereka akan alami dalam penginapan mereka. Semoga artikel ini dapat menjadi rujukan yang berguna.

Hari pertama

Tiba di Stesen Ogotoonsen (おごと温泉駅), jarak agak 20 minit dari Stesen Kyoto (京都駅).
Tasik Biwa, yang merupakan tasik terbesar di Jepun, boleh dilihat dari platform stesen ini.

Sebuah kereta dari tempat penginapan telah datang menjemput kami kerana kami telah memberitahu mereka masa ketibaan terlebih dahulu.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Apabila meminta untuk dijemput oleh pihak ryokan, sila berikan maklumat kepada mereka seperti masa ketibaan anda dan bilangan tetamu di sana sehari lebih awal, dan pastikan sama ada mereka boleh menjemput anda atau tidak. Maklumat hubungan mereka akan dinyatakan dalam mesej e-mel pengesahan tempahan.

Ketibaan adalah kira-kira lima minit selepas meninggalkan stesen.

Staf menjemput kami dengan senyuman.

Memeriksa bagasi kami dan terus ke dalam ryokan.

Kami dipandu ke dalam tempat yang sangat terbukan dan mempunyai lounge yang luas.

Kami daftar masuk sambil menikmati hidangan teh. Kami telah memesan makan malam untuk pukul 6, kerana kami menginap untuk satu malam dengan pakej termasuk dua hidangan.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Seperti hotel, daftar masuk di ryokan selalunya dilakukan di kaunter penerimaan tetamu.
Waktu makan malam juga boleh ditentukan apabila ditunjukkan ke bilik anda.

Nota ٩( ´◡` )

Sapaan dari waka-okami Biwako Hanakaido.
Seorang pengurus wanita ryokan dipanggil 'okami', dan seorang wanita yang lebih muda dalam latihan sebagai penggantinya dipanggil 'waka-okami'.

Anda akan ditunjukkan ke keseluruhan tempat ketika ditunjukkan ke arah bilik.

Kafe (Adalah bar ketika waktu petang)

Kedai.

Mereka menerangkan mengenai tempat keluar kecemasan.

Dan seterusnya terus ke bilik kami.
Bilik kami ialah 'bilik khas' dengan mandian air panas terbuka di tingkat lima (tingkat 'premium').

Kasut ditanggalkan sebelum masuk kerana lantainya dibuat daripada tatami.
Dua pasang kasut adalah untuk perjalanan melalui premis di luar bilik tetamu.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Kasut biasanya tidak dipakai di ryokan kerana kebanyakannya mempunyai lantai Tatami (畳).
Sama ada anda menanggalkan kasut sebelum memasuki bilik tetamu, atau semasa memasuki premis bergantung pada setiap ryokan.

Pemandangan Tasik Biwa memang cantik dari bilik khas kerana ia terletak di tingkat lima iaitu tingkat yang paling tinggi.

Bilik khas adalah bilik gaya Jepun dengan katil dan ruang tamu, boleh memuatkan sehingga empat orang.

Bilik khas termasuk mandian air panas terbuka!

Pemandangan tasik juga boleh dinikmati dari tempat mandian terbuka.

Ia mempunyai sabun, syampu dan pancuran mandian.
Bilik mandi menawarkan pengalaman mandi mata air panas peribadi untuk pasangan suami dan isteri serta keluarga kerana ia cukup besar untuk memuatkan sehingga empat orang.

Seterusnya, kami diberi lawatan ke bilik.
Tuala, yukata (jubah tradisional Jepun) dan peti keselamatan.

Wanita boleh memilih yukata (浴衣) yang mereka inginkan.

Selain teh dan kopi, pilihan minuman sejuk juga boleh didapati di dalam peti sejuk.

Kami mengambil keputusan untuk berehat di dalam bilik sambil menikmati manisan yang disediakan.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Banyak ryokan menyediakan makanan ringan tempatan istimewa secara percuma dan turut menawarkannya dijual di kedai mereka. Jika tetamu rasa ia lazat, mereka boleh membelinya sebagai hadiah.

Bilik khas juga dihiasi dengan bunga segar, bagi mewujudkan suasana yang elegan.

Terima kasih dengan segala penjelasan yang jelas.

Selepas berehat seketika di bilik kami, kami pergi ke tempat mandian utama, daiyokujo (大浴場), sebelum makan malam.
Kami menukar kepada yukata kami kerana yukata adalah apa yang dipakai semasa pergi ke tempat mandian utama.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Apabila menginap di ryokan, memakai yukata semasa bersiar-siar di premis atau kawasan berdekatan adalah dibenarkan. 
Jika terdapat dua jenis yukata yang disediakan, ini bermakna anda juga telah dibekalkan satu untuk dipakai sewaktu untuk tidur.
Ia datang dalam saiz yang berbeza dan staf akan pilih saiz yang paling sesuai untuk anda.

Tuala besar dan kecil disediakan.

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Anda tidak perlu mengambil tuala dari bilik tetamu ke tempat mandian utama di ryokan ini, tetapi di beberapa ryokan lain, anda perlu membawa tuala dari bilik tetamu anda kerana bilik mandi utama tidak mempunyai tuala.

Terdapat tempat mandian utama yang berasingan untuk lelaki dan wanita di tingkat dua.

Tanda untuk bilik mandi utama lelaki.

Tanda untuk bilik mandi utama wanita.

Para tetamu boleh menikmati kedua-dua tempat mandian lelaki dan wanita kerana ia saling ditukar pada waktu pagi.

Ini adalah tempat mandian utama untuk lelaki dari masa ketibaan sehingga keesokan paginya.

Terdapat juga tempat mandi terbuka, rotenburo (露天風呂).

Mandian ini adalah untuk lelaki mulai esok pagi.

Rotenburo

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Tempat mandian utama ialah tarikan di ryokan di mana mereka menunjukkan keunikan mereka,. Oleh sebab itu, setiap ryokan memfokuskan kepentingannya pada cara mereka mempersembahkan tempat mandian, samada melalui mandian terbuka yang menawarkan pemandangan semula jadi, serta rumah mandian kayu yang mewah dan sebagainya.

Terdapat juga banyak ryokan di mana tempat mandi untuk lelaki dan wanita ditukar pada giliran syif supaya lelaki dan wanita boleh menikmati suasana dan pemandangan yang berbeza.

Walaupun anda mungkin berasa tidak selesa dengan mandi dengan orang yang tidak dikenali pada mulanya, sila ingat bahawa terdapat ramai orang yang mempunyai perasaan yang sama pada mulanya tetapi akhirnya sangat gembira dengan melalui pengalaman ini.

Tempat mandian mata air panas berbayar, kashikiri onsen (貸切温泉), dengan tempahan selepas ketibaan (tiada tempahan awal).

Informasi berguna (ɔ ˘⌣˘)

Peraturan tempat mandi berbayar seperti sama ada ia dibayar atau percuma, boleh ditempah lebih awal, boleh ditempah pada hari ia digunakan, atau boleh digunakan jika ia dibuka bergantung pada setiap ryokan.
*Tiga jenis mandian air panas di onsen ryokan

Biwako Hanakaido (びわ湖花街道)

Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah mengenai Cara Menikmati Penginapan Anda di Onsen Ryokan

Biwako Hanakaido: Ryokan Popular di Kawasan Kansai (Kyoto) – Diari Lawatan

Bahagian 1: Bermula dengan daftar masuk hingga memasuki washitsu dengan mandian terbuka (hari pertama)
Bahagian 2: Bahagian 2: Berendam di tempat mandian awam hingga makan malam kaiseki dan waktu tidur dengan futon (hari pertama)
Bahagian 3: Bahagian 3: Sarapan pagi hingga daftar keluar (hari kedua)

English | 繁體中文 | 简体中文 | 한국어 | ภาษาไทย | Bahasa Melayu